Bahan-bahan:
1 ekor ayam segar Kicap cair (Cap Camel) Minyak Bijian Bawang merah 1 biji Bawang putih 3 biji 1 ketul kecil halia Beras 2 tin susu 1 sudu besar garam 1 sudu kecil Ajinamoto Sedikit lada putih
Cara memasak:
- Rebus ayam sehingga masak. Pastikan ia tidak direbus telalu lama. Kita boleh cucuk paha ayam dengan chopstick, jika ia telah masak, paha ayam dengan senang dapat ditembusi.
- Toskan ayam tersebut dan letak atas pinggan. Kita mesti menabur kicap cair diikuti dengan minyak bijian sewaktu ayam masih panas.
- Biar ayam sejuk sehingga kita nampak minyak dari ayam tekeluar barulah kita memotongnya. Ini untuk megelakkan daging ayam hancur sewaktu kita memotong ketika panas.
- Air rebus ayam digunakan dalam memasak nasi ayam. Pastikan kita tidak memasuk terlalu banyak air rebusan tadi.(Sukatan air selalunya 1 inci lebih dari paras beras)
- Tumiskan halia, bawang putih dan bawang merah (Jangan terlalu garing).
- Masukan tumisan tersebut ke dalam periuk nasi. Taruh garam, Ajinamoto dan lada putih.
- Biar nasi ayam masak dan sajikan selepas setengah jam.
1 ulasan:
selamat mencuba
Catat Ulasan