saya tolong cari

Selasa, 7 Disember 2010

kari pari

Ikan Pari

Bahan A:
1 bahagian ikan pari yang telah di potong (sederhana besar)  - di basuh bersih  - sediakan besen sebagai acuan untuk kertas timah yang boleh di muatkan dengan ikan pari tadi, kemudian lapik dengan kertas timah 3-4 helai, biar tebal sikit supaya tak koyak. Biarkan kertas timah tu besar macam nak balut hemper! supaya senang nak balut ikan pari tu.  - letak ikan pari ke atas acuan kertas timah. (biarkan dulu ikan tu cool)
Bahan B:
5 biji bawang putih di hiris nipis dan dipotong memanjang (macam batang mancis)  2 biji bawang besar di belah dua dan di mayang halus  2 batang serai di mayang halus  1 helai daun limau purut di koyak empat  25 biji cili padi di mayang halus  halia sebesar ibu jari kaki di hiris nipis dan di potong memanjang  1biji cili besar (merah) di mayang dan dicincang halus  3 sudu besar minyak masak  2 sudu besar sos minyak ikan  sedikit ajinamoto  1/2 sudu kecil garam  1/4 sudu kecil gula
Bahan C:
10 biji limau kasturi
Cara memasak:
Campurkan kesemua bahan B, dan gaul sehingga rata, kemudian masukkan kedalam bahan A. barulah bahan C di perah keatasnya, balut ikan pari tadi dengan rapi dan kemas. biarkan selama 15 minit untuk dia mesra dengan kesemua bahan-bahan tadi. lepas tu kukus/bakar selama 20 minit