saya tolong cari

Selasa, 7 Disember 2010

Nasi Ayam Hakka

Bahan-bahan:
1 ekor ayam segar  Kicap cair (Cap Camel)  Minyak Bijian Bawang merah 1 biji  Bawang putih 3 biji  1 ketul kecil halia  Beras 2 tin susu  1 sudu besar garam  1 sudu kecil Ajinamoto  Sedikit lada putih 
Cara memasak: 
 
  1. Rebus ayam sehingga masak. Pastikan ia tidak direbus telalu lama. Kita boleh cucuk paha ayam dengan chopstick, jika ia telah masak, paha ayam dengan senang dapat ditembusi. 
  2. Toskan ayam tersebut dan letak atas pinggan. Kita mesti menabur kicap cair diikuti dengan minyak bijian sewaktu ayam masih panas. 
  3. Biar ayam sejuk sehingga kita nampak minyak dari ayam tekeluar barulah kita memotongnya. Ini untuk megelakkan daging ayam hancur sewaktu kita memotong ketika panas. 
  4. Air rebus ayam digunakan dalam memasak nasi ayam. Pastikan kita tidak memasuk terlalu banyak air rebusan tadi.(Sukatan air selalunya 1 inci lebih dari paras beras)
  5. Tumiskan halia, bawang putih dan bawang merah (Jangan terlalu garing). 
  6. Masukan tumisan tersebut ke dalam periuk nasi. Taruh garam, Ajinamoto dan lada putih. 
  7. Biar nasi ayam masak dan sajikan selepas setengah jam.